Sunday 24 July 2011

10 cara buatkan roomate anda gila


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang dan bagitahu roomate anda nak balik rumah.
selepas sejam balik ke bilik, dan beritahunya tiada siapa di rumah.
unpack semula barang anda dan pergi tidur.

2. Buat buat terjaga tengah malam, jerit kuat kuat "Tolong kat mana aku berada ni?"
lari keliling bilik tu, kalau bilik kecil cukuplah sekadar melompat 2-3 kali
kamudian sambung tido. Esoknya kalau dia tanya pura2 tak tahu
apa yang dia cakap .

3. Beli pisau banyak banyak, tajamkan setiap malam sambil merenung roomate
anda sambil berkata , "Tak lama lagi, tak lama lagi..."

4. Duduk didepan papan chess dua tiga jam tanpa buat apa apa atau cakap
apa apa, lepas tu bangun secara tiba tiba sambil berkata 
"Siot betul , kalah lagi"

5. Pakai topi kertas, bila dia balik cakap "Selamat Datang ke McDonald, boleh
saya ambil pesanan anda..." lepas tu buat muka bodoh sambil berkata
"Eh kau rupanya..."

6. Duduk dan renung roomate anda 2-3 jam. Kalau boleh bawa membe membe
sekali sambil makan kacang & popcorn, buat macam tengok wayang.

7. Setiap kali roomate anda balik, jerit sekuat hati "horee.. kau dah balik" lepas tu
menari dalam 5 minit dan tenung jam lama lama & tanya dia 
"Sepatutnya kau dah blah da sekarang"

8. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda, besarkan bulatan tu setiap
hari sambil berkata, "Dah merebak.. dah merebak !"

9. Masa roomate tido, bungkus dia macam kafan mayat lepas tu panggil 
membe dalam 10 orang baca yaasin ramai2. Bila dia jaga
pakat buat buat tak nampak apa apa.

10. Sebelum roomate balik dari kelas, bungkus diri macam mayat dan
baring atas katil dia . 

hahah boleh gila tak kalau dapat roomate cemni .
credit to Waseh Aien . hehe

1 comment: