Friday 29 July 2011

Hidup sebagai student


Bangun pagi je ingat u, nak gosok gigi je ingat u,
buat kerja sekolah pun nak ingat u,
nak pergi kolej ingat u, berjalan sorang sorang pun ingat u
nak tido malam pun asyik asyik ingat kat u je
esok lusa nak ingat kat lain la plak, v ke w ke
asyik ingat kat huruf u je kan hehe

santapan pagi pabila weekends
ini jelah yang mampu

menyantap sambil berblogging hehe


megi megi pon licin jugak den kobeh


dikesempatan ini juga aku tidak akan ketinggalan untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak buat semua Muslim & muslimat
yang sedang tersenyum membaca entri ni hehe
awak comel bila senyum, senyum lah selalu semoga Ramadhan kali ini
membawa lebih banyak barkah dan nikmat daripada yang lepas lepas
Amin. . .

Sunday 24 July 2011

10 cara buatkan roomate anda gila


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang dan bagitahu roomate anda nak balik rumah.
selepas sejam balik ke bilik, dan beritahunya tiada siapa di rumah.
unpack semula barang anda dan pergi tidur.

2. Buat buat terjaga tengah malam, jerit kuat kuat "Tolong kat mana aku berada ni?"
lari keliling bilik tu, kalau bilik kecil cukuplah sekadar melompat 2-3 kali
kamudian sambung tido. Esoknya kalau dia tanya pura2 tak tahu
apa yang dia cakap .

3. Beli pisau banyak banyak, tajamkan setiap malam sambil merenung roomate
anda sambil berkata , "Tak lama lagi, tak lama lagi..."

4. Duduk didepan papan chess dua tiga jam tanpa buat apa apa atau cakap
apa apa, lepas tu bangun secara tiba tiba sambil berkata 
"Siot betul , kalah lagi"

5. Pakai topi kertas, bila dia balik cakap "Selamat Datang ke McDonald, boleh
saya ambil pesanan anda..." lepas tu buat muka bodoh sambil berkata
"Eh kau rupanya..."

6. Duduk dan renung roomate anda 2-3 jam. Kalau boleh bawa membe membe
sekali sambil makan kacang & popcorn, buat macam tengok wayang.

7. Setiap kali roomate anda balik, jerit sekuat hati "horee.. kau dah balik" lepas tu
menari dalam 5 minit dan tenung jam lama lama & tanya dia 
"Sepatutnya kau dah blah da sekarang"

8. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda, besarkan bulatan tu setiap
hari sambil berkata, "Dah merebak.. dah merebak !"

9. Masa roomate tido, bungkus dia macam kafan mayat lepas tu panggil 
membe dalam 10 orang baca yaasin ramai2. Bila dia jaga
pakat buat buat tak nampak apa apa.

10. Sebelum roomate balik dari kelas, bungkus diri macam mayat dan
baring atas katil dia . 

hahah boleh gila tak kalau dapat roomate cemni .
credit to Waseh Aien . hehe

Friday 22 July 2011

kebaikan menguyah shewing gum


Shewing gum, atau lebih Melayu-nya gula gula getah sering mendapat perhatian 
kanak kanak yang berumur puluhan tahun dan ribuan tahun .
Jangan la bengap sangat pie caya wat pa haha .

Tahu tak ? haa tak tahu kan , ha ni nak habaq kat ampa suma 
shewing gum ni ada kebaikan disebalik kekotorannya tak ada lah kotor
kekurangannya lah, masa kecil kecil dulu mak apak suma mesti marah kan
kunyah gula gula getah ni pasai apa pun tak tahu lah aku .

kunyah shewing gum ni baguih auw, bila ngantok dalam kelas
cuba try kunyah shewing gum pasti lentok habis layan peta atas meja, duh
sapa la yang bangang sangat boleh tido masa kunyah chewing gum an
so tak ada kan , itu lah kebaikannya haha .

 kalau anda mahukan inspirasi yang cool 
kunyah shewing gum, layan 
feel habis haha
tengok minah ni boleh tido ea ?

Monday 18 July 2011

8 cara hilangkan sengugut


Faktor yang menyebabkan sakitnya sengugut ?  Entri ni khasnya untuk wanita lah
selain wanita nak baca pon boleh , okay jew tade masalah heh he

sengugut ni datangnya daripada perut dan ia menghasilkan kesakitan yang 
sangat luar biasa , kebiasaannya wanita lah yang sering menjadi
mangsa, punca kesakitan ini berlaku akibat kedatangan
bulan mengambang pada watu malam . 

jadi adik adik janganlah main dekat luar bila bulan mengambang
bahaya nanti sengugut datang mencari mangsa hek3

hang percaya hang bodoh 


  1. Minum air suam selalu , jangan asyik air coke aje 
  2. Sering membuat senaman , ni dok asyik asyik blogwalking 
  3. Makan ma'ajun salasa , alah jamu la
  4. Minum air halia / kunyit 
  5. Panaskan perut dengan batu , seterika pon boleh 
  6. Urut perut dengan kasih sayang , perlahan lahan la
  7. Tumbok dinding sampai merah
  8. Buat seat up banyak banyak kali

Kalau sakit jugak tak tahu lah an, tapi kalau buat tips yang aku bagi 
ni insyaAllah takde lah meraung guling guling sakitnya hehe

Thursday 14 July 2011

cekelet































Sedap ? haha memang sengaja bagi ko terliur tengok gambaq gambaq ni
hek hek hek 

Wednesday 13 July 2011

Bersyukurlah

Hidup dalam dunia ini untuk bersyukur . .



bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana 
dia lah orang yang menabahkan kamu

bersyukur kepada orang yang menipu kamu kerana
dia yang meningkatkan pengetahuan kamu

bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu
kerana dia lah yang memupuk kamu berdikari

bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana
 dia lah yang mempertabatkan ability kamu

bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu kerana
dia yang menguji kesabaran kamu

Bersyukur dengan segala ujian dariNYA, kerana
semuanya meningkatkan Iman kamu .


Saturday 9 July 2011

Aku

kadang kadang aku boleh jadi baik  
kadang kadang aku boleh jadi jahat


kadang kadang aku boleh jadi peramah  
kadang kadang aku boleh jadi pendiam


kadang kadang aku boleh jadi pemurah  
kadang kadang aku boleh jadi kedenkut


kadang kadang aku boleh jadi pemalu  
kadang kadang aku boleh jadi tak tahu malu


kadang kadang aku boleh jadi seorang yang beriman
kadang kadang aku boleh jadi setan


***

ini adalah kerana aku seorang Manusia biasa yang tak pernah lepas daripada 
kesilapan dan tidak akan menjadi seorang yang begitu sempurna .

biasa ah manusia mana ada yang perfect , an an

Wednesday 6 July 2011

kehidupan baru

ini sambungan cerita bulan madu & selamat tinggal


“Assalamualaikum?”

Pintu dibuka dan disambut oleh anak kecil yang begitu comel rasa macam 
nak pijak laju laju

“err ni rumah Enrique kan ?” tanyaku kepada budak kecil itu

“arr ? ini rumah Lisha” duh dengar suara budak ni rasa macam nak lepuk lepuk jelah, 
comel sangat baruku angkat tangan dan hayun ke budak itu terpaculnya 
seorang wanita tampak anggun didepanku. 
aku terkelu dan terkelipop mataku terkebil-kebil

Cisss.. kacau daun tol pompuan ni .

“ini rumah Enrique kan ?” tanyaku

“aha iye , awak ni siapa ya?” tanya perempuan itu padaku

“Sayang ? “ suara lelaki kedengaran memanggil namaku . .

     ***


Abang sudah pun berumah tangga dan mempunyai satu orang anak dan akan 
datangnya saudara baru, tidak sabar ku menanti kelahiran orang baru itu. 
Kak ipar pula seorang yang penyanyang lagi baik hati. 

Aku memandang ke arah pokok yang menyimpan 1001 kenangan aku bersama abang. 
kini aku menarik nafas lega untuk meneruskan perjalanan hidupku pada
esok lusa dan seterusnya dengan sebuah senyuman baru .